Tuesday, October 21, 2008

kisah benar...

Daku ingin mencoretkan sedikit pengajaran bagi kawan2 bloggers mahupun rakan2 yg lain mengenai satu pengajaran yg patut dijadikan teladan dari semasa ke semasa. Tajuk saya ari ni ialah cerita benar yg telah berlaku pada saya dan seorang kawan saya, Lang. Cerita ini amat benar sehinggakan hidup kami berubah.

Saya secara jujurnya mengaku saya ni jahil dlu. Bab semayang ke ape ke suma main taram je. Pendek kata serupa macam setan la. Tp pada satu hari, satu kejadian yg menimpa saya pada hari itu amat menyedarkan saya bahawa satu saat mampu mengubah segalanya.

Kisahnya bermula apabila pada suatu hari, si lang(seorang jejaka tampan yg memiliki RXZ kaler itam BDB****) telah mengajak saya untuk ke Malim Nawar untuk survey port baik punyer. Mgkin anda suma akan mengjangkakan yg saya dan lang mau mencari port beromen tp kami x la sejahil tu.Kami sebenarnya nak menyiasat port pancing ikan di sekitar area Tronoh Mines-Malim Nawar.

Petang ketika itu amat sepi, dgn langit yg mendung macam nak hujan,tp dgn berbekalkan jiwa yg maskulin dan kental,kami naik moto 125 dan plg bodohnya x mau naik kete dgn alasan jimat minyak. Di pendekkan cerita, kami menempuhi perjalanan yg agak jauh iaitu dlm 45 minit. Dan ketika dalam perjalanan la segalanya bermula.....

Hujan turun amat lebat seperti yg dijangkakan oleh kami walaupun sebenarnya kami x bajet nak hujan lebat camtu. Kami terus cekal menunggang motosikal tanpa menghiraukan bahaya yg bakal menimpa. Ketika dlam perjalanan juga Lang slaku penunggang telah membawa dgn kelajuan yg x patut. Ketika sdg asyik menunggang dan membonceng, saya ternampak di sebelah lane saya, dlm 10 meter di depan ,seekor wira telah meluru laju memintas di hadapan dan membelok tanpa was2 ke dalam longkang di tepi ladang sawit. Kami meneruskan sahaja perjalanan dan melepasi tempat kejadian dgn selamat. Namun, kami berhenti sekejap setelah melihat side mirror rupanya tu xcident...Sebenarnya, lang x nampak pun langsung ada kete xcident dpn mata. Da lepas tmpat kejadian barula tau ada xcident. Bapak buta nya si lang. Tu pun disebabkan saya suruh lang berhenti untuk tolong2 mana la taw awek cun.


Ketika itulah saya menyedari yg tuhan maha berkuasa. Bayangkan kalau satu saat kami di depan, da tentu2 kena sapu dan malam tu plak kebetulan malam jumaat, x susahkan org baca yasin sbb da mmg org len baca yasin. Kami amat bernasib baik. Mgkin ini petanda supaya kami insaf. Namun disebabkan usia masih muda, wat bodo je la...

sekian~

6 comments:

Shakina Amirudin said...

biase la
ati tgh panas
remaja kan
hehe
eh btw thnx m'yinggah

seyn said...

terima kasih saya ucapkan kepada saudari mrs bubu...

maikel said...

ajal maut tidak mengenali usia. anda patut bertaubat kerana Allah telah memberi peluang kepada anda untuk memperbaiki amalan anda. semoga apa yang telah terjadi ke atas diri anda dapat sedikit sebanyak memberi iktibar kepada anda.

adoi terbelit lidah aku baca. ada bape banyak anda la....

Anonymous said...

dear commisioner of setan...

bgus gler bdak 2
apa nm die...
ha lang...

tank said...

diam la si setan apaitu!

seyn said...

lang tu...seorang jejaka tampan yg telah byk merebahkan puluhan gadis hot!!